Cara-cara Penjagaan:
Langkah 1: Basuh tangan setiap kali anda ingin membuka kanta lekap. Selepas basuh pastikan tangan anda dikeringkan kerana air paip masih mengandungi kuman atau bakteria kecuali anda menggunakan air yang ditapis.
Langkah 2: Keluarkan kanta lekap secara berhati-hati dengan tangan yang bersih dan kering.
Langkah 3: Letakkan kanta lekap dengan tapak tangan anda. Bersihkan dengan cara meletakkan 3-4 titis "multipurpose solution" terutama di bahagian atas kanta tersebut. Gunakan salah satu jari anda untuk menggosok kanta dengan lembut bersama titisan pencuci tadi.
Langkah 4: Bilaslah kanta lengkap anda dengan titisan pencuci khas yang sama untuk menghilangkan kuman yang terlekat padanya.
Langkah 5: Simpan kanta lekap anda dengan merendamkannya bersama "multipurpose solution" dalam bekas khas. Pastikan bekas tersebut bersih dan perlulah diganti dengan kerap supaya kuman yang ada pada bekas lama tidak melekat pada kanta lekap anda.
No comments:
Post a Comment